Friday 31 August 2012

#5

di satu tempat penuh manusia yang mengejar keinginan masing masing
aku berjalan sendiri mencari apa yang ku ingin kan.
terlihat seorang gadis di kerumuni oleh manusia manusia.
"mungkin itu keinginan mereka. biarlah" kata hati ku.
terus berjalan melintasi mereka mereka itu.
namun gadis segera kearah diri ini sambil memanggil ku.

aku: ada apa?
gadis: mengapa engkau tidak menghampiri ku? bukan kah kau juga menginginkan 
         seorang gadis??
aku: ya. tapi sekarang tidak.
gadis: haha jangan jadi bodoh. aku lah gadis paling cantik. semua inginkan aku.
aku: aku tahu itu. tetapi sifat kau memualkan aku. 

aku segera melanjutkan perjalanan di tanah gersang mencari apa yang diinginkan 
dengan penuh harapan.

gadis: aku tahu apa yang kau ingin kan wahai lelaki.
aku: kau tahu apa tentang apa yang aku ingin kan. pergilah sana dengan kecentikan 
       yang kau bangga kan. 
gadis: aku tahu kata hati kau. kau ingin kan sebuah ketenangan bukan?
          aku suka cara kau. kau tidak memandang luaran.
aku: kau ni siapa? pysiko? magician? malaikat? sehingga isi hati ku kau korek.! celaka tahi.
        jangan cuba permainkan kandungan isi hati aku.
gadis: sabar,aku lah perasuk mimpi. apa yang kau inginkan akan aku cuba wujudkan
          ketenangan yang kau impikan mungkin boleh jadi sebuah tempat, kasih sayang
          mahupun masa. terpulang pada hati kau. ikuti aku. akan ku bawa kau ke dasar
          mimpi yeng lebih indah.

berharap setiap malam bermimpikan apa yang di harapkan. biarpun dunia nyata  lebih pahit. biarlah manis saat pejam mata.

Bebas

hembusan asap melakar sejarah dan darah
sedar masa cuba manipulasi keadaan.
seorang anarki yang mencari jalan sendiri di dunia gelap.
di keadaan separa imaginasi mengawal keaadan.
disaat mata dan masa hampir rapat.
barulah otak bebas berkata - kata.
"55 tembakkan tanda bebas dan merdeka"

Sunday 26 August 2012

Pulang

pulang ke dunia biasa dengan jiwa kosong.
masalah membuatkan ku seperti bernafas di dalam air.

Saturday 25 August 2012

Hilang

merasakan diri ini hampir hilang.
hampir bukan lagi bukan diri ini.
tidak lagi meluncur.
music hanya di dengar.
bunyi gitar berkurang.
"wahai para malaikat. kembalikan
sifat anarki ini."
mungkin hanya satu dari lima pengikut
yang mendengar.

Gagal

bahu ini terlalu berat. gagal celaka cuba merasuk jiwa. apa lagi yang boleh diharapkan dari tangan ini.?

pengukir

berbekalkan secawan kopi suam malam ini
bersama sebatang cigar dan jiwa layu.
tangan dan wajah yang mungkin terlalu keras terus mengukir.
walau tidak secantik mana. biar hanya sepatah kata.
itu adalah lemparan dari jiwa.
rasa puas menyelubungi angkasa. indah.!
seperti juga mengukir senyuman yang ikhlas.

Saturday 18 August 2012

selamat hari raya

hari mulia. mohon maaf dipinta.
mungkin hanya sebaris kata.
tulus ikhlas dari dalam jiwa 
semoga tempuhi hari dengan bahagia.

#np : selamat hari raya

Lahir

pertambahan tahun sudah bermula
ramai yang memohon dipanjangkan usia.
harapanku mudah. walaupun ia sering remuk. 
berharap malam bermimpikan gadis pembacuh kopi.

Thursday 16 August 2012

Space and Time

pagi yang agak suram. 
berbekalkan semangat, cigar dan white coffee.
pedulikan kata kata anasir celaka.
perjalanan sejauh 361km di pertaruhkan
menang atau kalah catat di bahu kiri
apabila pernah kehilangan semuanya
hari bahagia mendatang terasa celaka
aku bayar dengan lagu bukan air mata
hanya tinggal ruang dan masa. aku perlukan itu!.


"Your past-times, consisted of the strange 
And twisted and deranged 
And I hate that little game you had called 
Crying" - crying lightning by Arctic Monkeys


Saturday 11 August 2012

#4

keadaan seakan berputar putar.
masa pula seakan berhenti.
merasakan kanan dan kiri semuanya sama.
cuba lepas kan diri dari ketagihan.
sia sia. seperti hisap rokok tanpa lighter.
kali ini lebih berat. overdose.
"aku perlukan drugs. drugs aku kasih sayang kau.
aku ketagih. tolong aku.!" suara hatinya meronta
ronta.

Mimpi

di penghujung malam tidak selalunya indah.
biarpun pada awalnya berharap bidadari
membelai mimpi. namuh hujung malam sepi. mimpi
celaka yang datang. di dalam separuh sedar .cuba 
menarik roh yang melayang jauh. tersedar dan 
melihat ke sisi. masih sama. tiada yang merangkul jiwa ini.
"hmm..aku masih seorang diri lagi..mungkin boleh cuba lain kali"
kata mulut yang cuba menyedapkan hati.

Tuesday 7 August 2012

#3

sejuk pagi menusuk kalbu. 
seorang lelaki bersama secawan kopi duduk di sebuah meja.
dia melihat kedalam air itu sambil mengoyang kan cawan secara 
perlahan. berharap dapat melihat masa hadapan. namun itu tidak akan 
seperti dalam cerita cerita dongeng. 
"kau marah dengan masa silam kau.? kau kesal? segera lah campurkan
gula kedalam air kopi ini. biar ia berubah dari pahit ke manis" kata 
refleksi wajahnya didalam air membuatnya berfikir sejenak. "ya..yang
aku perlukan adalah gadis pembacuh kopi ini!" didalam fikiran celaka lelaki
itu.

Monday 6 August 2012

#2

keadaan malam agak tegang dihiasi suara suara pemecah keheningan malam.
disitu kelihatan seorang peguam sebagai ibu dan seorang anak yang cuba pertahan kan hak dirinya.
"aku mahu kau jadi seperti aku atau ayah kau tu doktor. baru dipandang tinggi" - ibu
" kenapa? aku hanya ingin menjadi diri sendiri. salahkah?."- anak
setelah sekian lama,perang diakhiri. anak cuba mendengar cakap ibunya kerana tidak
mahu dianngap derhaka. namun dia cuba menulis apa yang ada dihatinya 


"aku ingin menjadi pelukis, tiada siapa mahu belikan pensil
aku ingin menjadi pemuzik, tiada siapa mahu belikan gitar
aku ingin menjadi penulis, tiada siapa mahu dengar cerita
aku ingin jadi diri sendiri, tiada siapa kisah tentang aku


maaf dunia, aku tidak mampu jadi diri sendiri.
mungkin tiada lagi secawan kopi dan cigar, maaf kan aku"



Sunday 5 August 2012

Hope

"hala tuju pemuda pemudi, dalam jiwa ada nada"
duduk bersama secawan nescafee dan sebatang cigar.
ketawa kini dengan hanya melihat media dan elektronik.
esok lusa otak  keras. esok lusa otak beku.
di garis masa berselirat menjadikan minda semakin haus.
di keadaan rindu dan buntu menjadi satu.
aku perlu kelainan.
aku perlukan caffeine bukan lagi paracetamol.
joey ramones dan johnny rotten
julian casablancas dan alex turner
menjadi perasuk mimpi malam hari.
biar semua berlaku sekelip mata.
dengan harapan seseorang memahami jiwa.
harap cetuskan evolusi dengan kata-kata.



Saturday 4 August 2012

#1


perjalanan masa seakan terhenti seketika disebuah kedai. memori lama hadir tanpa disangka.
segala kenangan satu ketika dahulu. berjumpa di satu gig. basah bersama dibawah hujan ,berkongsi tembakau dan bergaduh atas nama cinta. kini menjadi satu layar masa dihadapan nya.

"ahh persetankan semua ini. gua bukan miliknya." kata sid dalam hati.
sid teruskan perjalanan. dua jiwa berbeza  pernah bersatu berada disitu. tiada siapa tahu.

saat itu lirik irama arctic monkeys- fluorescent adolescent beralun ditelinganya "the best you ever had, is just a memory and those dream."