Sunday 30 September 2012

#12

berpandukan asap cigar.
bergerak ke destinasi.
dengan dada penuh harapan celaka.
"indahya berpijak senafas di negeri sendiri"
kata kata buat gila di dinihari.
cuma kali ni tiada ucapan selamat

setibanya di satu jalan.
semua sunyi.
aku sendiri.
mata berkedip kedip
garis masa seakan perlahan.
perlahan sehingga ilusi menembusi halwa telinga.

kau cakap cinta itu ibarat perang.
"akulah pelurunya"
kau cakap cinta itu ibarat bunga.
"aku mungkin durinya"
kau cakap cinta itu ibarat 'drugs'
"akulah penagihnya"

andai perlu
aku tinggal jiwa itu dalam sebuah peti.
peti mati.
"I cheated myself like I knew I would 
I told ya I was trouble, you know that I'm no good"


Monday 24 September 2012

#11

sendiri di dinihari.
bertemankan selendang sepi.
bersama asap memberi ilusi.
"hapuskan aku dari memori mamori kau."
biar ia suci.
suci dari perjudian harapan. 

kau ,dia dan bahagia.
"sempurna "
terbang bersama kerelaan hati.

aku.
serupa celaka waktu.
rindu tak mungkin di dengar 
jauh dari haloba telinga. 
aku duduk.
tersenyum mati.

Sunday 23 September 2012

Jiwa

penghulu hari di waktu pagi
kaku kelu.
sang cahaya terjah mengelibas hati.
panas. 
seperti gundah gulana.
gelora renjana yang teramat sangat.

sang hati mencari jiwa.
jiwa terikat.
kerja gila.
biarpun "malam masih muda"
terlambat sudah.
sebungkus kertas usang bersama hati didalamya.
terselit antara beribu jiwa.
tidak perasan kewujudannya.

#10

terbaring di bilik yang bersepah. tidak pernah kemas mungkin.
sehembus asap marijuana buat hati gulana tenang seminit.
   Pejam.
   Aku terbaring sebelah siapa pun aku tak sedar. 
   Peduli apa.
   "malam ini seindah purnama, andai purnama overdose juga, indah sampai ke mimpi malam ini"
   kata ku dengan nada puisi.
  "hey dee" sapaan seorang gadis cantik yang aku tidak perasan dia baring beberapa kaki dari aku.
  "you know what dee, actually.. you're not that jerk or asshole like that people told to me. you're nice person"
sambung kata gadis cantik entah muncul dari mana. mungkin dia dengar puisi anarki aku.
aku tersenyum.
  "i don't care tentang people, i don't mind being jerk or an asshole as long as i can berpuisi anarki sambil ditemani gadis cantik." kata ku.
seketika itu,suasana sunyi. aku melihat tiada lagi gadis cantik itu. ia seperti telus hilang. ia seperti memori memori lama.
  "arghh. aku mungkin terlalu 'high'. damn!"

#np Mardy Bum by Arctic Monkeys

Saturday 22 September 2012

#9

hidup terjatuh terduduk terbaring.
hati kering dan keras.
propaganda senyum diberi secara percuma secara hina.
teruskan dengan hembusan asap serta music.
"aku ingin overdose malam ini"
siapa peduli hati yang penuh nikotin.
mungkin sikit hari berhenti fungsinya.

rindu buat aku jadi separa sedar.
berkhayal dan ilusi.
antara terus dan berhenti.
rasanya kesudahan nya sama.
tarik asap asap nikotin dengan sepenuh hati.
hembus segalanya yang dihati.
berkongsi asap mugkin lebih ikhlas.

Sunday 16 September 2012

#8

malam kau bagaimana?
penuh debunga? penuh warna?.
kalau itu berlaku. aku berdoa
sambil tersenyum moga kau bahagia.

malam aku jangan ditanya serupa apa.
penuh asap. penuh debu. penuh nikotin.
jangan fikirkan aku. aku hanyut gelap celaka.
yang kau patut tahu. aku rindukan kau tiap masa.

O.D

gua mahu overdose dengan music punk.
gua mahu overdose dengan cinta.
gua mahu overdose dengan skate.
gua mahu overdose dengan apa yang gua suka.
tolong tunaikan permintaan celaka gua wahai sang pemimpi.

"love is fucking suicide
OverDose.

Tuesday 11 September 2012

#7

melihat semua lena di buai mimpi petang
biarpun membara di pagi hari
tewaskan dengan senyuman
biarkan raut wajah nampak manis

hari- hari dejavu mengalir seperti darah
masa hampir muntah mendegar cerita sama.
cerita cinta harap tidak sebodoh cerita badang.
simpan cerita jangan sampai jadi gila
laksana semua mimpi kata jaguh sastra.

tangan terlalu kotor untuk pegang erat.
biarkan tangan suci yang sambut.
dari pandang jauh. sudut hati kata rindu.
sehembus angin bayu membawa seribu rasa.
puisi anarki melontar suara.

Tuesday 4 September 2012

Bunuh

situasi memburuk. mata yang merakam tidak mampu bertahan.
sehingga aku terpaksa bertemankan nikotin 
dan irama lagu "you know i'm no good" di tengah pagi.
tiada lagi mimpi. jangan sampai aku bunuh semua bidadari.

Sunday 2 September 2012

Mati

pagi menyinari memusnahkan alam mimpi.
bangkit seperti mati hidup kembali.
rasa perjalanan menuju ke kosong.
tidak ditemani sesiapa walaupun satu bidadari pagi.
mungkin mereka inginkan aku bersatu dengan alam.
dengan tangan yang kotor hati berkata 
"siapalah aku mahu bersatu dengan alam".
tiada lagi istilah dunia ini aku yang punya.
sedangkan kasih sayang pun harus berpasangan.
tidak pernah mencari kesempurnaan. hanya senyuman.
rasanya mungkin aku harus berhenti dari semua ini.

Saturday 1 September 2012

Tiada

maaf, tentang cinta gua tiada.

"wake me up when september end"

#6

lelaki jalanan, pendengar tegar music punk 
tidak pandai bercinta. tidak pandai romantik.
tapi paham erti setia.