Sunday 7 December 2014

#43

Lihatlah lebih dalam.

Ketika kau di puncak.
Rintik rintik itu kau nikmati.
menghadap matahari terbit dan itu waktu paling bahagia yang harus kau kongsi dengan orang yang kau suka.
Yang kau puja.
Yang kau pernah bersua.

Mungkin kau lupa akan seseorang yang hanya kenal suara tanpa duduk se-meja tanpa sehirup kopi. Lalu menganggap dia se-nada " oh normal dan tipikal"

Normal?.

Terlalu normal hingga ketika bersandar di balkoni Amandla, sudah melihat matahari sewaktu nimbus meliputi cahaya bulan memandang bumi hingga ia jingga melambai di ufuk barat.
Dan punya cerita lebih drastik.
Lebih realistik untuk bertukar kata bahagia.
Tanpa mengalah pada nasib.
Apatah lagi pada ungkapan patah perkataan.

Kau.
Yakinlah dengan Tuhan.

Sebuah risiko, harapan dan sendirian yang diaturkanNya.
Ya.
Lihatlah menggunakan deria paling dalam.

Lihatlah!
Aku bukan perindu,
Yang hadir saat kau kesepian.

Wednesday 19 November 2014

#42

Akhir akhir ini lidah ku semakin pahit menyebutnya. Penyair yang tidak mahu dikenali. Dadah kopi rokok dan wanita dalam rasepinya. Tertanya apakah sudah hilang sakti bagaimana cara merayu dalam askara. Dewa dewa mula tertawa. Petang itu Afrodite terlihat jiwa di dalam botol arak, apakah ia terjerat hasrat yang memabukkan?. Sepertinya malam ini di dada kopi segelora samudra pahit yang perlukan manisnya.

"Waktu ini,
seharusnya aku bersama askara
mahupun lakaran dikertas kosong.
Akhirnya,
aku biarkan kopi menjadi sejuk
dan semuanya tergantung."

Monday 21 July 2014

#41

Seribu tahun begini,
sajak sudah berantakan.
Nama-mu teka-teki ku cuba atur
kembali.

Sudah ku rasakan perasaan Gibran,
tentang sayap-sayap yang patah.
Lalu bangkit dengan nada sajak sejati

Cuma nama mu dalam sajakku mula
pudar.
kerna sajakku cuma sajak sedih
dan kamu sedang bahagia.
Aku cuma tinggal cinta pada keberanian
hidup.

Friday 11 April 2014

#40

"Hey gadis bermuka manis-liar,
Lihatlah diriku,
sebuah tubuh dengan gusar jalannya,
katanya hanya bermakna dalam ketika,
Mimpinya di mabuk alpa."

Thursday 20 February 2014

#39

Dia.
Dengan kidalnya.
Dengan gitarnya.
Dengan serak suaranya.
Dengan cigar di bibir nya.
Dia dengan Nirvana nya.

Terkial ku cuba dalami.
Di sebalik jari jari.
Di sebalik jati diri.
Di sebalik jeans koyak lusuh.
Di sebalik jack purcell.

Cuma pesannya "datang sebagai diri sendiri"




Tribute Kurt Donald Cobain ( 20 Feb 1967)

Sunday 12 January 2014

Sebenarnya.
Kau mahupun aku masih lagi terkurung.
Dalam bahagia esok atau
leretan sepi semalam.

malam dan desahan sajak
seorang pablo.
Sedang kamu berasmara dana.
Dan aku berasmarijuana.