Thursday 6 August 2015

#44

Malam ini, kau dan aku di tengah-tengah fikiran jack dan hunter yang menulis tentang perjalanan hidup mereka. keadaan diam statik. Lama juga kita bertentangn. Hingga warsaw di poland sepi. Tapi tertulis paris di bibir kau yang membisik dengan perlahan seperti simfoni harp dari pintu dalamnya cuma aku. Sepi itu mungkin untuk aku dan untuk kau. Seni seni yang tidak pernah lengkap. Ingat lagi rakaman kehujanan di gunung? Dan pasir yang asing di pantai. perang perang dingin selepas marley. Lakaran masa yang tidak terlalu tua. Perang berlarutan perlahan hingga kau membuka helaian sunyi sendiri. Kita tidak lagi saling berpegangan. Hari melihatnya tanpa rangsangan. Kata menjadi bisu. Tersekat antara kabut dan debu. Nafsunya menjadi tersembunyi seperti saat kau cuba mengelak cahaya pagi dan bunyi waktu yang menjengkelkan. Di meja, cemburu pada jari yang memegang kafin. Jari yang meraba dari fikiran ke tubuh yang ada sedikit kesan lelehan kopi di kulit. Kau meleleh kan untuk kali tiga, kau ingin menjadi kopi. Tetapi aku tidak mahu menikmatinya secara terpaksa. lalu biar kopi menjadi dingin sebelum alaska. Rasanya masih tetap kekal. Dan di bilik itu masih bertentangan antara waktu, aku dan buku yang sepi. Cuma kali ini terselit sigar di bibir eros tanpa metafora.