Tuesday 27 November 2012

#22

duduk kaku.
bersama hati yang berbalut rindu.
secawan kopi di tangan kanan.
sebatang cigar di tangan kiri.
keduanya penuh nikotin.
seperti hati yang penuh nikotin rindu.

bersama alam.
aku cuba musnah idologi basi cinta.
cipta segala anarki.
realita cinta dan punk rock.

Monday 12 November 2012

#21

perogol sanubari masa.
depan mata masih mencari.
duduk menghadap barat.
sumpah sana sumpah sini.
terbalik graviti tanda pasti.

masih berimaginasi bersama hati.
terselit sang cigar lepaskan celaka.
senarai main "this is not a love song"
seorang anarki di pandang kiri.
hati suci di campak tepi.

tidak mencari erti sempurna.
seperti kau berkemeja bersikat segala.
berjudi disalah meja.
termenung di kaut semua.

p/s : aku lelaki berjecket hitam bersama besi. tidak seperti lain berbaju putih suci.
        aku pertaruhkan isi hati untuk si mawar berduri.

#20

semakin tua melayan otak yang celaka.
terpanggil keluar kerana waktu muda.
terperangkap dalam otak kotak.
malam aku umpama sid dan kau nancy.
terasa masa di sumpah berhenti seketika.
seperti alcoholic dan marijuana sempurna.

munculnya pelangi di dini hari.
indahnya dilihat pada si pemilik sahaja
pilihan 'mawar merah' di tuduh gila.
hembusan asap tahi suci di muka mereka.

jangan dilepaskan kucupan indah pagi.
kau hirup secawan coffee.
syurga gila andai aku bibir cawan itu.
dua dua tiada jiwa menemani satu sama lain.

"I want you around by The Ramones"