Sunday 28 October 2012

#19

tersenyum.
terdengar  suara halus.
suara kata penyebar asap kurang iman.
tidak sedar manusia  punya perasaan.
aku terus tersenyum
celaka bersama sinis.

sorot dan bias memori lama
bersatu menjadi alunan.
alunan pasang dan surut.
manis dan pahit.
semua di satu jalan sunyi.

rakus cinta datang berantakkan.
memuntahkan segala isi.
mungkin suci refleksi si ilusi.
pegang tangan kanan mungkin realiti.
kata telus ke gendang telinga.
 "I do not love you, Like I loved you
yesterday"

"life is too short. there's less choice.
just 'shoot'. who care."

Thursday 25 October 2012

#18

semua berubah.
berubah mengikut masa dan nafsu.
tinggal pilih dan kata "setuju"
tapi bukan aku.
seolah olah tiada pilihan.
pilihan ditentukan.
aku lari dari realiti.
untuk puas kan hati sendiri.
dunia kecil dan selesa, tidak ramai orang faham.
im a wild man, hopeless romantic.
kalau aku adalah sebuah lagu.
"baby, i love you by The Ramones",itu adalah aku.
sedut dalam dalam. penuh nikmat.
hembuskan sedikit ke udara.
    kecewa.
    sakit.
    berdarah.
"fuck off!!we are too young to sad"

Sunday 21 October 2012

#17

sepuluh sebelas dua belas.
berat.
sedang semua basah hanyut bersama cinta.
aku juga hanyut bersama lunak lunak suara dan asap.
asap yang dibahagi dua kerana sahabat.
kerana celakanya.

terima seadanya kata awal yang mengoda.
goda aku sang lelaki berjeket double collar.
imbasan kisah klasik jatuhnya sid kerana nancy.
ludahan kata
"saya tidak suka lelaki berasap"
aku pasti aku bunuh.
bunuh semua kata kata tahi suci.

pivot pivot malam 
gelap dengan sedutan demi sedutan.
tiba masanya aku mulakan perjalanan.
untuk seketika
untuk tenang seminit dua.

"travelog si anarki"

Sunday 14 October 2012

#16

oktober gila.
aku terjatuh terduduk terbaring. 
dua perkara refleksi dalam fikiran.
asap dan harapan. 
aku pilih asap. hembuskan semua emosi.
harapan. sekadar penyedap hati yang belum pasti.

malam orang kata.
"malam indah dipenuhi bintang."
aku tidak nampak indahnya malam.
aku nampak rakusnya malam memakan waktu.
"malam masih muda" pepatah celaka.
caci hina sebati. padukan lagi dengan alunan music

sungguh berat hirupan udara.
buat rasa ingin bersatu dengan alam.
minta sesaat untuk pejam mata.
pejam mata tanpa rasa duka.

Saturday 13 October 2012

#15

di penghujung malam.
aku tarik segala emosi.
aku hembus segala asap sedih.
malam yang ku angap pedih.
antara peduli dengan tidak.
andai ilusi menjelma.
hanya gagal bertanda di dahi.
'maaf' pada harapan.

hilang semua.
kehidupan seperti merempat.
tagih ihsan sayang.
tersenyum celaka.
sedar tidak layak walau setadah ihsan.

Sunday 7 October 2012

#14

kabur pandangan mata.
termenung.
sejuk malam.
sambil di alunkan dengan lagu lagu The Ramones, Sex Pistols, The Clash dan Rancid. 
irama menjadi satu lalu memenuhkan ruang gegendang telinga.
penuh. 
padu.
bersama sekotak rokok john. puntung bersepah di lantai tanda fikiran sedang bercelaru. 
kali ini rokok murah itu terasa seperti marijuana begitu juga baunya
ia seperti 'ganjohn'.
duduk di tengah kota. melihat pelbagai gaya dan bahasa.
"aku terlalu muak dengan mereka yang bukan diri mereka sendiri. fake! fuck!.
kau tidak akan puas dalam hidup. baik mati." jeritan di dalam hati.
hati di legakan dengan secawan coffee. hirupan demi hirupan terus ke hati.
hati yang ingin menulis.
menulis dengan pencil tanpa mata.
menulis dengan hati.
hati yang perlukan dadah. dadah yang lagi kuat, lagi jahat, lagi pedih, lagi 'overdose' dari
segala jenis dadah.
dadah 'cinta'
ia seperti menjilat jilat salur darah seluruh tubuh ini.
aku masih hanyut.
hanyut di arus puisi anarki.


Saturday 6 October 2012

#13

pergilah kau kepada yang lebih sempurna.
aku sudah jatuh ke lembah gelita.
di caci di hina.
aku tulis dengan memori memori.
memori yang menjadi picisan kecil.
terbang dibawa arus masa.

aku anarki.
tidak mampu tulis seribu puisi.
puisi untuk buat kau jatuh hati.
kini parasit lara sedang memakan jiwa.
hanya tersenyum palsu.
palsu mungkin nampak lebih indah.