Saturday 6 October 2012

#13

pergilah kau kepada yang lebih sempurna.
aku sudah jatuh ke lembah gelita.
di caci di hina.
aku tulis dengan memori memori.
memori yang menjadi picisan kecil.
terbang dibawa arus masa.

aku anarki.
tidak mampu tulis seribu puisi.
puisi untuk buat kau jatuh hati.
kini parasit lara sedang memakan jiwa.
hanya tersenyum palsu.
palsu mungkin nampak lebih indah.

8 comments:

  1. Walau apa pun kondisi hatimu, aku tetap kagum membaca puisi kamu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fel.
      bersyukur kerana masa ada yang ingin membaca tulisan ku :)

      Delete
    2. fel,aku setuju.

      dean,tidak perlu tulis seribu puisi,adakala satu puisi mampu kalahkan beribu,malang sekali kita menulis bukan utk bersaing,tapi kerana kita suka...dan bila kita suka,kita tak perlu persetujuan atau bangkangan dpd sesiapa...tulisan adalah luahan hati kita...tak perlu beribu pembaca,cukup hanya dengan segelintir mampu buat kita ceria dan semangat utk teruskan kehidupan...

      teruskan meluah,kerana aku suka luahan kau...:)

      Delete
    3. aku perlukan semangat itu.
      terima kasih annur :)

      Delete
  2. disini jg tmpt ko beranarki, teruskan !

    aku jg suka baca puisi kamu, segar bak ikan kembong bermata merah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau juga teruskan menulis.
      aku ingin baca tulisan segar bugar kamu :)

      Delete
  3. Anarki.. kadang2 jiwa anarki juga boleh cipta puisi paling indah. ianya jujur.

    *senyum*

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kerana ia anarki.
      aku cuma mengalunkan yang jujur dari hati. :)

      Delete