Monday 17 December 2012

#24

overdose overdose dunia.
sebatang cigar masih meyala.
terselit diantara bibir yang pudar merahnya.
sambil perhatikan pergerakan.
pergerakan rona rona warna kota.

tiada peduli.
tentang hati
tentang lara.

masih di kota kota gila.
masih juga menyedut asap asap celaka.
masih juga ditipu oleh dunia.
masih bersama dr.mart lapan lubang
masih juga anarki.
mungkin yang berubah "gua bahagia".

Saturday 1 December 2012

#23

pemain kata kata manis malam. cuba meminta pada disember.
otak dalam kotak. ibarat memohon pada kerajaan menanam daun ketum.
mustahil di tabik kalau duduk di bangku main lagu merapu.
satu kata meminta selamatkan saudara saudara di sana.

sebatang pen berserta mawar disisi. duduk dan tulis tentang kehidupan.
kehidupan yang tidak lari dari cinta. gua cakap ini gila.
biar semua dengan cintanya sendiri. semua satu cerita.
biarpun ia sukar dihadam oleh mata. 
hembus dengan asap celaka. 
lepaskan semua.

Tuesday 27 November 2012

#22

duduk kaku.
bersama hati yang berbalut rindu.
secawan kopi di tangan kanan.
sebatang cigar di tangan kiri.
keduanya penuh nikotin.
seperti hati yang penuh nikotin rindu.

bersama alam.
aku cuba musnah idologi basi cinta.
cipta segala anarki.
realita cinta dan punk rock.

Monday 12 November 2012

#21

perogol sanubari masa.
depan mata masih mencari.
duduk menghadap barat.
sumpah sana sumpah sini.
terbalik graviti tanda pasti.

masih berimaginasi bersama hati.
terselit sang cigar lepaskan celaka.
senarai main "this is not a love song"
seorang anarki di pandang kiri.
hati suci di campak tepi.

tidak mencari erti sempurna.
seperti kau berkemeja bersikat segala.
berjudi disalah meja.
termenung di kaut semua.

p/s : aku lelaki berjecket hitam bersama besi. tidak seperti lain berbaju putih suci.
        aku pertaruhkan isi hati untuk si mawar berduri.

#20

semakin tua melayan otak yang celaka.
terpanggil keluar kerana waktu muda.
terperangkap dalam otak kotak.
malam aku umpama sid dan kau nancy.
terasa masa di sumpah berhenti seketika.
seperti alcoholic dan marijuana sempurna.

munculnya pelangi di dini hari.
indahnya dilihat pada si pemilik sahaja
pilihan 'mawar merah' di tuduh gila.
hembusan asap tahi suci di muka mereka.

jangan dilepaskan kucupan indah pagi.
kau hirup secawan coffee.
syurga gila andai aku bibir cawan itu.
dua dua tiada jiwa menemani satu sama lain.

"I want you around by The Ramones"


Sunday 28 October 2012

#19

tersenyum.
terdengar  suara halus.
suara kata penyebar asap kurang iman.
tidak sedar manusia  punya perasaan.
aku terus tersenyum
celaka bersama sinis.

sorot dan bias memori lama
bersatu menjadi alunan.
alunan pasang dan surut.
manis dan pahit.
semua di satu jalan sunyi.

rakus cinta datang berantakkan.
memuntahkan segala isi.
mungkin suci refleksi si ilusi.
pegang tangan kanan mungkin realiti.
kata telus ke gendang telinga.
 "I do not love you, Like I loved you
yesterday"

"life is too short. there's less choice.
just 'shoot'. who care."

Thursday 25 October 2012

#18

semua berubah.
berubah mengikut masa dan nafsu.
tinggal pilih dan kata "setuju"
tapi bukan aku.
seolah olah tiada pilihan.
pilihan ditentukan.
aku lari dari realiti.
untuk puas kan hati sendiri.
dunia kecil dan selesa, tidak ramai orang faham.
im a wild man, hopeless romantic.
kalau aku adalah sebuah lagu.
"baby, i love you by The Ramones",itu adalah aku.
sedut dalam dalam. penuh nikmat.
hembuskan sedikit ke udara.
    kecewa.
    sakit.
    berdarah.
"fuck off!!we are too young to sad"

Sunday 21 October 2012

#17

sepuluh sebelas dua belas.
berat.
sedang semua basah hanyut bersama cinta.
aku juga hanyut bersama lunak lunak suara dan asap.
asap yang dibahagi dua kerana sahabat.
kerana celakanya.

terima seadanya kata awal yang mengoda.
goda aku sang lelaki berjeket double collar.
imbasan kisah klasik jatuhnya sid kerana nancy.
ludahan kata
"saya tidak suka lelaki berasap"
aku pasti aku bunuh.
bunuh semua kata kata tahi suci.

pivot pivot malam 
gelap dengan sedutan demi sedutan.
tiba masanya aku mulakan perjalanan.
untuk seketika
untuk tenang seminit dua.

"travelog si anarki"

Sunday 14 October 2012

#16

oktober gila.
aku terjatuh terduduk terbaring. 
dua perkara refleksi dalam fikiran.
asap dan harapan. 
aku pilih asap. hembuskan semua emosi.
harapan. sekadar penyedap hati yang belum pasti.

malam orang kata.
"malam indah dipenuhi bintang."
aku tidak nampak indahnya malam.
aku nampak rakusnya malam memakan waktu.
"malam masih muda" pepatah celaka.
caci hina sebati. padukan lagi dengan alunan music

sungguh berat hirupan udara.
buat rasa ingin bersatu dengan alam.
minta sesaat untuk pejam mata.
pejam mata tanpa rasa duka.

Saturday 13 October 2012

#15

di penghujung malam.
aku tarik segala emosi.
aku hembus segala asap sedih.
malam yang ku angap pedih.
antara peduli dengan tidak.
andai ilusi menjelma.
hanya gagal bertanda di dahi.
'maaf' pada harapan.

hilang semua.
kehidupan seperti merempat.
tagih ihsan sayang.
tersenyum celaka.
sedar tidak layak walau setadah ihsan.

Sunday 7 October 2012

#14

kabur pandangan mata.
termenung.
sejuk malam.
sambil di alunkan dengan lagu lagu The Ramones, Sex Pistols, The Clash dan Rancid. 
irama menjadi satu lalu memenuhkan ruang gegendang telinga.
penuh. 
padu.
bersama sekotak rokok john. puntung bersepah di lantai tanda fikiran sedang bercelaru. 
kali ini rokok murah itu terasa seperti marijuana begitu juga baunya
ia seperti 'ganjohn'.
duduk di tengah kota. melihat pelbagai gaya dan bahasa.
"aku terlalu muak dengan mereka yang bukan diri mereka sendiri. fake! fuck!.
kau tidak akan puas dalam hidup. baik mati." jeritan di dalam hati.
hati di legakan dengan secawan coffee. hirupan demi hirupan terus ke hati.
hati yang ingin menulis.
menulis dengan pencil tanpa mata.
menulis dengan hati.
hati yang perlukan dadah. dadah yang lagi kuat, lagi jahat, lagi pedih, lagi 'overdose' dari
segala jenis dadah.
dadah 'cinta'
ia seperti menjilat jilat salur darah seluruh tubuh ini.
aku masih hanyut.
hanyut di arus puisi anarki.


Saturday 6 October 2012

#13

pergilah kau kepada yang lebih sempurna.
aku sudah jatuh ke lembah gelita.
di caci di hina.
aku tulis dengan memori memori.
memori yang menjadi picisan kecil.
terbang dibawa arus masa.

aku anarki.
tidak mampu tulis seribu puisi.
puisi untuk buat kau jatuh hati.
kini parasit lara sedang memakan jiwa.
hanya tersenyum palsu.
palsu mungkin nampak lebih indah.

Sunday 30 September 2012

#12

berpandukan asap cigar.
bergerak ke destinasi.
dengan dada penuh harapan celaka.
"indahya berpijak senafas di negeri sendiri"
kata kata buat gila di dinihari.
cuma kali ni tiada ucapan selamat

setibanya di satu jalan.
semua sunyi.
aku sendiri.
mata berkedip kedip
garis masa seakan perlahan.
perlahan sehingga ilusi menembusi halwa telinga.

kau cakap cinta itu ibarat perang.
"akulah pelurunya"
kau cakap cinta itu ibarat bunga.
"aku mungkin durinya"
kau cakap cinta itu ibarat 'drugs'
"akulah penagihnya"

andai perlu
aku tinggal jiwa itu dalam sebuah peti.
peti mati.
"I cheated myself like I knew I would 
I told ya I was trouble, you know that I'm no good"


Monday 24 September 2012

#11

sendiri di dinihari.
bertemankan selendang sepi.
bersama asap memberi ilusi.
"hapuskan aku dari memori mamori kau."
biar ia suci.
suci dari perjudian harapan. 

kau ,dia dan bahagia.
"sempurna "
terbang bersama kerelaan hati.

aku.
serupa celaka waktu.
rindu tak mungkin di dengar 
jauh dari haloba telinga. 
aku duduk.
tersenyum mati.

Sunday 23 September 2012

Jiwa

penghulu hari di waktu pagi
kaku kelu.
sang cahaya terjah mengelibas hati.
panas. 
seperti gundah gulana.
gelora renjana yang teramat sangat.

sang hati mencari jiwa.
jiwa terikat.
kerja gila.
biarpun "malam masih muda"
terlambat sudah.
sebungkus kertas usang bersama hati didalamya.
terselit antara beribu jiwa.
tidak perasan kewujudannya.

#10

terbaring di bilik yang bersepah. tidak pernah kemas mungkin.
sehembus asap marijuana buat hati gulana tenang seminit.
   Pejam.
   Aku terbaring sebelah siapa pun aku tak sedar. 
   Peduli apa.
   "malam ini seindah purnama, andai purnama overdose juga, indah sampai ke mimpi malam ini"
   kata ku dengan nada puisi.
  "hey dee" sapaan seorang gadis cantik yang aku tidak perasan dia baring beberapa kaki dari aku.
  "you know what dee, actually.. you're not that jerk or asshole like that people told to me. you're nice person"
sambung kata gadis cantik entah muncul dari mana. mungkin dia dengar puisi anarki aku.
aku tersenyum.
  "i don't care tentang people, i don't mind being jerk or an asshole as long as i can berpuisi anarki sambil ditemani gadis cantik." kata ku.
seketika itu,suasana sunyi. aku melihat tiada lagi gadis cantik itu. ia seperti telus hilang. ia seperti memori memori lama.
  "arghh. aku mungkin terlalu 'high'. damn!"

#np Mardy Bum by Arctic Monkeys

Saturday 22 September 2012

#9

hidup terjatuh terduduk terbaring.
hati kering dan keras.
propaganda senyum diberi secara percuma secara hina.
teruskan dengan hembusan asap serta music.
"aku ingin overdose malam ini"
siapa peduli hati yang penuh nikotin.
mungkin sikit hari berhenti fungsinya.

rindu buat aku jadi separa sedar.
berkhayal dan ilusi.
antara terus dan berhenti.
rasanya kesudahan nya sama.
tarik asap asap nikotin dengan sepenuh hati.
hembus segalanya yang dihati.
berkongsi asap mugkin lebih ikhlas.

Sunday 16 September 2012

#8

malam kau bagaimana?
penuh debunga? penuh warna?.
kalau itu berlaku. aku berdoa
sambil tersenyum moga kau bahagia.

malam aku jangan ditanya serupa apa.
penuh asap. penuh debu. penuh nikotin.
jangan fikirkan aku. aku hanyut gelap celaka.
yang kau patut tahu. aku rindukan kau tiap masa.

O.D

gua mahu overdose dengan music punk.
gua mahu overdose dengan cinta.
gua mahu overdose dengan skate.
gua mahu overdose dengan apa yang gua suka.
tolong tunaikan permintaan celaka gua wahai sang pemimpi.

"love is fucking suicide
OverDose.

Tuesday 11 September 2012

#7

melihat semua lena di buai mimpi petang
biarpun membara di pagi hari
tewaskan dengan senyuman
biarkan raut wajah nampak manis

hari- hari dejavu mengalir seperti darah
masa hampir muntah mendegar cerita sama.
cerita cinta harap tidak sebodoh cerita badang.
simpan cerita jangan sampai jadi gila
laksana semua mimpi kata jaguh sastra.

tangan terlalu kotor untuk pegang erat.
biarkan tangan suci yang sambut.
dari pandang jauh. sudut hati kata rindu.
sehembus angin bayu membawa seribu rasa.
puisi anarki melontar suara.

Tuesday 4 September 2012

Bunuh

situasi memburuk. mata yang merakam tidak mampu bertahan.
sehingga aku terpaksa bertemankan nikotin 
dan irama lagu "you know i'm no good" di tengah pagi.
tiada lagi mimpi. jangan sampai aku bunuh semua bidadari.

Sunday 2 September 2012

Mati

pagi menyinari memusnahkan alam mimpi.
bangkit seperti mati hidup kembali.
rasa perjalanan menuju ke kosong.
tidak ditemani sesiapa walaupun satu bidadari pagi.
mungkin mereka inginkan aku bersatu dengan alam.
dengan tangan yang kotor hati berkata 
"siapalah aku mahu bersatu dengan alam".
tiada lagi istilah dunia ini aku yang punya.
sedangkan kasih sayang pun harus berpasangan.
tidak pernah mencari kesempurnaan. hanya senyuman.
rasanya mungkin aku harus berhenti dari semua ini.

Saturday 1 September 2012

Tiada

maaf, tentang cinta gua tiada.

"wake me up when september end"

#6

lelaki jalanan, pendengar tegar music punk 
tidak pandai bercinta. tidak pandai romantik.
tapi paham erti setia.


Friday 31 August 2012

#5

di satu tempat penuh manusia yang mengejar keinginan masing masing
aku berjalan sendiri mencari apa yang ku ingin kan.
terlihat seorang gadis di kerumuni oleh manusia manusia.
"mungkin itu keinginan mereka. biarlah" kata hati ku.
terus berjalan melintasi mereka mereka itu.
namun gadis segera kearah diri ini sambil memanggil ku.

aku: ada apa?
gadis: mengapa engkau tidak menghampiri ku? bukan kah kau juga menginginkan 
         seorang gadis??
aku: ya. tapi sekarang tidak.
gadis: haha jangan jadi bodoh. aku lah gadis paling cantik. semua inginkan aku.
aku: aku tahu itu. tetapi sifat kau memualkan aku. 

aku segera melanjutkan perjalanan di tanah gersang mencari apa yang diinginkan 
dengan penuh harapan.

gadis: aku tahu apa yang kau ingin kan wahai lelaki.
aku: kau tahu apa tentang apa yang aku ingin kan. pergilah sana dengan kecentikan 
       yang kau bangga kan. 
gadis: aku tahu kata hati kau. kau ingin kan sebuah ketenangan bukan?
          aku suka cara kau. kau tidak memandang luaran.
aku: kau ni siapa? pysiko? magician? malaikat? sehingga isi hati ku kau korek.! celaka tahi.
        jangan cuba permainkan kandungan isi hati aku.
gadis: sabar,aku lah perasuk mimpi. apa yang kau inginkan akan aku cuba wujudkan
          ketenangan yang kau impikan mungkin boleh jadi sebuah tempat, kasih sayang
          mahupun masa. terpulang pada hati kau. ikuti aku. akan ku bawa kau ke dasar
          mimpi yeng lebih indah.

berharap setiap malam bermimpikan apa yang di harapkan. biarpun dunia nyata  lebih pahit. biarlah manis saat pejam mata.

Bebas

hembusan asap melakar sejarah dan darah
sedar masa cuba manipulasi keadaan.
seorang anarki yang mencari jalan sendiri di dunia gelap.
di keadaan separa imaginasi mengawal keaadan.
disaat mata dan masa hampir rapat.
barulah otak bebas berkata - kata.
"55 tembakkan tanda bebas dan merdeka"

Sunday 26 August 2012

Pulang

pulang ke dunia biasa dengan jiwa kosong.
masalah membuatkan ku seperti bernafas di dalam air.

Saturday 25 August 2012

Hilang

merasakan diri ini hampir hilang.
hampir bukan lagi bukan diri ini.
tidak lagi meluncur.
music hanya di dengar.
bunyi gitar berkurang.
"wahai para malaikat. kembalikan
sifat anarki ini."
mungkin hanya satu dari lima pengikut
yang mendengar.

Gagal

bahu ini terlalu berat. gagal celaka cuba merasuk jiwa. apa lagi yang boleh diharapkan dari tangan ini.?

pengukir

berbekalkan secawan kopi suam malam ini
bersama sebatang cigar dan jiwa layu.
tangan dan wajah yang mungkin terlalu keras terus mengukir.
walau tidak secantik mana. biar hanya sepatah kata.
itu adalah lemparan dari jiwa.
rasa puas menyelubungi angkasa. indah.!
seperti juga mengukir senyuman yang ikhlas.

Saturday 18 August 2012

selamat hari raya

hari mulia. mohon maaf dipinta.
mungkin hanya sebaris kata.
tulus ikhlas dari dalam jiwa 
semoga tempuhi hari dengan bahagia.

#np : selamat hari raya

Lahir

pertambahan tahun sudah bermula
ramai yang memohon dipanjangkan usia.
harapanku mudah. walaupun ia sering remuk. 
berharap malam bermimpikan gadis pembacuh kopi.

Thursday 16 August 2012

Space and Time

pagi yang agak suram. 
berbekalkan semangat, cigar dan white coffee.
pedulikan kata kata anasir celaka.
perjalanan sejauh 361km di pertaruhkan
menang atau kalah catat di bahu kiri
apabila pernah kehilangan semuanya
hari bahagia mendatang terasa celaka
aku bayar dengan lagu bukan air mata
hanya tinggal ruang dan masa. aku perlukan itu!.


"Your past-times, consisted of the strange 
And twisted and deranged 
And I hate that little game you had called 
Crying" - crying lightning by Arctic Monkeys


Saturday 11 August 2012

#4

keadaan seakan berputar putar.
masa pula seakan berhenti.
merasakan kanan dan kiri semuanya sama.
cuba lepas kan diri dari ketagihan.
sia sia. seperti hisap rokok tanpa lighter.
kali ini lebih berat. overdose.
"aku perlukan drugs. drugs aku kasih sayang kau.
aku ketagih. tolong aku.!" suara hatinya meronta
ronta.

Mimpi

di penghujung malam tidak selalunya indah.
biarpun pada awalnya berharap bidadari
membelai mimpi. namuh hujung malam sepi. mimpi
celaka yang datang. di dalam separuh sedar .cuba 
menarik roh yang melayang jauh. tersedar dan 
melihat ke sisi. masih sama. tiada yang merangkul jiwa ini.
"hmm..aku masih seorang diri lagi..mungkin boleh cuba lain kali"
kata mulut yang cuba menyedapkan hati.

Tuesday 7 August 2012

#3

sejuk pagi menusuk kalbu. 
seorang lelaki bersama secawan kopi duduk di sebuah meja.
dia melihat kedalam air itu sambil mengoyang kan cawan secara 
perlahan. berharap dapat melihat masa hadapan. namun itu tidak akan 
seperti dalam cerita cerita dongeng. 
"kau marah dengan masa silam kau.? kau kesal? segera lah campurkan
gula kedalam air kopi ini. biar ia berubah dari pahit ke manis" kata 
refleksi wajahnya didalam air membuatnya berfikir sejenak. "ya..yang
aku perlukan adalah gadis pembacuh kopi ini!" didalam fikiran celaka lelaki
itu.

Monday 6 August 2012

#2

keadaan malam agak tegang dihiasi suara suara pemecah keheningan malam.
disitu kelihatan seorang peguam sebagai ibu dan seorang anak yang cuba pertahan kan hak dirinya.
"aku mahu kau jadi seperti aku atau ayah kau tu doktor. baru dipandang tinggi" - ibu
" kenapa? aku hanya ingin menjadi diri sendiri. salahkah?."- anak
setelah sekian lama,perang diakhiri. anak cuba mendengar cakap ibunya kerana tidak
mahu dianngap derhaka. namun dia cuba menulis apa yang ada dihatinya 


"aku ingin menjadi pelukis, tiada siapa mahu belikan pensil
aku ingin menjadi pemuzik, tiada siapa mahu belikan gitar
aku ingin menjadi penulis, tiada siapa mahu dengar cerita
aku ingin jadi diri sendiri, tiada siapa kisah tentang aku


maaf dunia, aku tidak mampu jadi diri sendiri.
mungkin tiada lagi secawan kopi dan cigar, maaf kan aku"



Sunday 5 August 2012

Hope

"hala tuju pemuda pemudi, dalam jiwa ada nada"
duduk bersama secawan nescafee dan sebatang cigar.
ketawa kini dengan hanya melihat media dan elektronik.
esok lusa otak  keras. esok lusa otak beku.
di garis masa berselirat menjadikan minda semakin haus.
di keadaan rindu dan buntu menjadi satu.
aku perlu kelainan.
aku perlukan caffeine bukan lagi paracetamol.
joey ramones dan johnny rotten
julian casablancas dan alex turner
menjadi perasuk mimpi malam hari.
biar semua berlaku sekelip mata.
dengan harapan seseorang memahami jiwa.
harap cetuskan evolusi dengan kata-kata.



Saturday 4 August 2012

#1


perjalanan masa seakan terhenti seketika disebuah kedai. memori lama hadir tanpa disangka.
segala kenangan satu ketika dahulu. berjumpa di satu gig. basah bersama dibawah hujan ,berkongsi tembakau dan bergaduh atas nama cinta. kini menjadi satu layar masa dihadapan nya.

"ahh persetankan semua ini. gua bukan miliknya." kata sid dalam hati.
sid teruskan perjalanan. dua jiwa berbeza  pernah bersatu berada disitu. tiada siapa tahu.

saat itu lirik irama arctic monkeys- fluorescent adolescent beralun ditelinganya "the best you ever had, is just a memory and those dream."

Tuesday 31 July 2012

Rindu

malam dihiasi asap dari peluru berkotak merah.
malam penuh cerita. penuh masalah.
terasa rindu menyelubungi diri.
menjadikan saat dan ketika begitu sunyi.


aku rindu keluarga.
aku rindu pelukan.
aku rindu senyuman.
aku rindu persahabatan.


"sedar masa semakin tidak sealiran dengan aku."

Puas

alunan lagu "my way - sex pistols" memerangkap 
telinga aku. di waktu embun jantan berlabuh hampir semua telah 
melelap kan mata. aku cuba melelapkan jiwa.


kau gembira dengan muntah cerita busuk kau?
aku diam bagi kau puas!


"kill me"
aku bagi pisau.
kau tak pandai bunuh.
hati tak gagah mana, mulut serupa celaka.!

Friday 27 July 2012

Senyap

white coffee bersama sebatang cigar.
memadai untuk malam ini
suasana sejuk di malam hari.
waktu pemimpi merasuk mimpi anak muda.
sedar hati ini terlalu senyap dari ucapan "cinta".
belum pasti itu mungkin kata hati.


"bila lagi nak serius?" 
pertanyaan seorang sahabat yang menggusarkan jiwa.
ilmu ini tidak setinggi langit mungkin juga serendah lalang.
lalang yang sering di tiup angin.
masih lagi di lorong lorong gelap.
masih lagi lagi mencari cahaya.


terfikir juga hendak serius tapi entah bila.
tunggu masa dan berdoa.
"malam masih lagi tanpa mimpi."

Sunday 22 July 2012

penakut

secawan caffeine di hirup.
penuh seni di malam hari.
sambil cigar melekat di bibir.
tidak ramai yang memahaminya.
biarlah hatinya yang berkata.


satu hari. satu cerita.
apa yang ada hanya sebuah kisah
yang tidak tahu hujung pangkalnya
main hembus sahaja. itulah manusia.


sebuah privacy telah kau cerobohi.
kau gembira tahu disebalik cerita seseorang.?
"pergi mampus." kata yang agak kasar terpacul
kau  tu sebenarnya yang penakut.
takut nak menghadapi muka muka dunia.

fluorescent adolescent

memandang lampu pendarfluor kian malam
sehembus asap cigar keluar.
namun masalah datang mencurah curah ke jiwa.
G : "don't do like this" 
A:"who care's"

memerhatikan pergerakan rona2 warna kota.
warna hati.
rela berdiam. demi sebuah pesahabatan.
tetapi celakanya kau tidak mahu memahami.
jari hantu di lemparkan ke muka. 
sial neraka sungguh bukan?
tapi itu kau yang kau pinta.

Saturday 14 July 2012

hujan dan hati.

hujan.
hujan dan hati boleh seirama.
apa yang sama ada di dalam jiwa.
mencari kembali semangat yang luntur.

sering melihat mereka punya segalanya.
adakah itu yang beri bahagia?
angin sejuk menyelubungi diri.
aku hanya menggengam bayang hitam.

hitam mungkin hati ku.
memandang langit yang telus.
telus seperti jiwaku.
hanya imaginasi menemani ku.
harungi hidup penuh liku..

Wednesday 11 July 2012

Prejudis

asap di hembus. udara tidak sesegar tujuh belas lapan belas tahun dahulu. perjalanan hidup tidak
seperti mimpi manis malam malam tadi. kadang kadang segalanya menjadi chaos. harungi yang pasti. aku rasa tidak ingin situasi seperti ini. penuh diskriminasi. penuh emosi. penuh streotaip.

hitam sang hati. pergi mati!

sapantas awan berarak. aku paham erti berjabat tangan. bukan pijak kawan. hidup bukan sesedap hati kau seorang. ada 3.5 juta manusia. ada 3.5 juta hati. hidup manja. penuh harta. ambil apa saja. cuba menolak yang berdiri sendiri. aku bosan dengan agenda basi.

"take me to the other side."the biters

kau cuba memper-sial kan keadaan. melemparkan image image situasi ke aku. dan aku yang di hambur keluar. seperti "bersama ketika duka. senang macam celaka.". dalam hati berkata "keadaan sempit. kau sempitkan lagi otak kau tu. kau dengan otak kau boleh masuk kubur kau yang sempit tu".
sial neraka!

"jangan kerana kata, kenangan pergi berduka"

manusia. dipengaruhi syaitan syaitan. termasuk aku. kita tidak dapat lari. "andai aku pergi. tolong sebarkan jiwa ini."

p/s : aku lelaki lama. paham erti cerita.



Monday 9 July 2012

Bollocks

"If you give me the chance, I'll destroy America for you." johnny rotten (sex pistols)


aku tidak berjalan di atas satu jalan. penuh tanda tanya. patuhi semua arahan manusia..ahh cilakanya. mereka bukan tuhan untuk menentukan segalanya. ada benarnya kata si pelopor weed "none but ourselves can free our minds" bob marley.


hati  dan minda ini sering berselang seli memikirkan apa yang terjadi.  peluru dan kota sering menjadi teman bercengkerama bersama teman ilusi. asap merata. aku mungkin terlalu overdose. hingga hati ini kering. antara cinta dan cita, evolusi dan situsai , christian dan gloria. semua saling memperguna.


"Obey the principles without being bound by them." bruce lee


Pemerhati Hati

sering tertipu dengan permainan dunia. memberi tetapi tidak menerima. laungan azan menandakan sudah sampai waktunya. jeritan"lantak kau lah" dari kau. membuat aku tewas dalam perjuangan. tewas dalam nafsu.

Baker Street N.Y. 211B. ini adalah sebuah alamat yang menjadi satu lagenda.
kita tidak mampu menyeru masa. ia tidak akan kembali. mungkin ini satu persepsi.
bahana menjadi realiti.

"just like good old days"

hidup ini terlalu drama. satu bulan. satu hari. barokah mungkin lebih bererti walaupun kecil sekali. ramai yang lupa diri. kadang kenangan menjadikan kita sang pemerhati hati. maaf aku tidak bijak. aku mungkin berani. anarki.

berjecket. berkemeja. berkaca mata. semua nampak lama. itu yang aku suka. vintage. the ramones. semua penuh makna. bukan konspirasi. ini realiti.




Thursday 5 July 2012

Parasit

"malam masih muda" itulah yang sering memenuhi ruang minda kita. di tengah kota yang penuh propa. aku sedar masih ada parasit-
parasit yang masih belum puas.


"The night of the living dead is on its way"




Terdengar lolongan penonton. membuatkan sakit hati untuk berimaginsi dan berkarya.Ia adalah satu propa apabila mereka tersenyum dan berkata"kau tidak akan merasakan sesuatu". sial neraka sungguh.





"Sometimes I cry so hard from pleading
So sick and tired of all the needless beating"



keadaan mengeruhkan keputusan. mungkin "red code" di perlukan. siren di bunyikan memandakan kebebasan bersuara. realti atau maya. semua jadi taruhan. semua kita tawan.



Sunday 1 July 2012

invisible stone

kini aku pertaruhkan nyawa aku dengan 20 butir peluru. siapakah
yang peduli? semua hancur. semua pecah. masa tidak lagi
seirama dan sekata untuk aku.


aku hanya menjadi kuning mungkin juga kelabu antara ada dengan tiada. 1.5 juta detik diperlukan. 1.5 juta jeritan. jeritan yang tiada siapa dengar.
semua orang menjadi pengecut.


"you are not exist"


masa mengejar seperti slash memetik gitarnya.
pantas. keras. tapi sedap di dengar. aku mungkin akan hilang selamanya.

kota yang penuh cerita. ahh cilaka. semua propa.dari cerita ke plot aku mendengar. sial. gua hampir tertipu.

"mom..im dead" nicholas powell

Saturday 30 June 2012

408 In Your Coffeemaker

"i sit in the state of daydream with all of your words flying over my head"
segala kata kata merasuk fikiran ku. aku senak. aku muak. mungkin
kau patut kejut aku pada hujung september kata billie joe amstrong


"mass hysteria and desolation row"


kau dan aku sudah cukup berbeza. apa yang kau cuba bezakan?
this is hell man. sebijaksana kau aku tidak mampu. 
20 batang peluru menjadi taruhan. mungkin absolute mango 
termasuk dalam senarai juga.


"give me novacaine" by Greenday


the nonsense by
DEAN VICIOUS




Monday 25 June 2012

sedated

"i can't control my finger..i can control my brain"

tin biru di lemparkan ke aku. seganas mungkin aku meneguk. lega rasanya.
melayang sekejap jiwaku di alam fana bersama sekotak merah berisi
20 peluru.


lega seketika. datang pisau cuba kau hiris darah kita sama merah.  menjadi clone kau. 
itu mustahil. aku cuba. hati memberontak. fikiran anarchy. tetap bersama
pilihan sendiri.


this is ridiculous. itu ungkapan kau.


aku membalas tembakan. im just a young wild and free. suasana 
menjadi chaos. ahh aku tidak peduli. kenapa perlu jadi sebegini.
apakah yang mempersetankan semua ini.?


"aku hampir lali dengan semua ini"
"like a liar looking for forgiveness from a stone "

"i told you.. to much talk grandma.!" Queen Latifah


THE NONSENSE BY
DEAN VICIOUS

Friday 22 June 2012

1 2 3 TO DEAD

"hidup ini bukan sekadar melihat. Menilai sesuatu dengan melihat seperti kau cuba menyamakan air nescefe, coffee dan coke dengan melihat warnanya."


adakala hidup ini terlihat hitam dan putih.


 Bercalit di bahu dan bertopi di pandang tinggi..yang hanya disalahkan hanya hitam..
sebab kau tidak cuba lihat putihnya walaupun sedikit..
aku, kau dan dia. kita semua manusia. tiada yang sempurna.
kita masih mampu bermain dengan mimpi, namun kita tidak bisa lari dari realiti.


aku terus berusaha. tapi masih mengharapkan yang keduanya,
tidak boleh terlalu percaya tentang keduanya kadang-
kala sama sahaja. 


aku sepertinya kalah dalam perjuangan. berlari ke garisan 
putih. aku bukan lagi mengejar angka dalam hidup.
kini aku sedar nilai- nilai hidup yang kita lalui 
lebih mendewasakan kita. kelangsungan hidup.


tetapi tiada yang percaya..aku mengecewakan bukan?


terus mengharapkan aku pada angka dan komunikasi dua hala.
mungkin sebagai jalan pintas ke menara. angka mungkin boleh 
bundarkan tetapi tidak kehidupan.


p/s : perasaan tu macam flavour bukan?

the nonsense by 
DEAN VICIOUS

cigar, dean vicious & rock n roll



sekepul asap melepaskan
segalanya.
walaupun sering ditikam dengan
kata-kata, maaf.
aku mempunyai alasan 
tersendiri.

skinny fit di jodohkan dengan
pasangan doc mart.
mungkin terlihat sempit.
namun fikiran ku tidak sesempit
seluar ku. tapi otak aku 
mungkin sekeras kasut aku.

gua lu mungkin nampak
kasar. seperti sid dan nancy, 
radit dan jani. bahagia itu
kita yang rasa.

p/s : bahagia itu tak boleh di buat - buat 
the nonsense by
DEAN VICIOUS

Friday 1 June 2012

destiny




aku mendengar segalanya
aku melihat segalanya
aku hanya tutup mulut
dan diam
malas hendak berkata.

melihat ombak yang menderu
biar segalnya berlalu
hati ini sudah kering
kering di mamah usia
kering memendam segalanya.

aku terus memerhati
memerhati segala yang berlaku
memerhati di satu sudut sepi
bertemankan sebuah asap
dan secawan kopi
ku telan pahit itu.

banyak perkara berlegar-
legar di fikiran ku
aku manusia biasa
air mata darah 
mampu ku tumpahkan
tapi bukan kerana cinta
biarlah menjadi rahsia.

aku tidak sebijak
aku tidak sehensem
anak jiran sebelah 
depan belakang kiri kanan
aku buat yang terdaya
pandang ke mata aku
fahamlah apa yang berlaku.

ku pandang keatas
tuhan tentukan segalanya
tentukan masa
tentukan keadaan
tak mungkin aku dapat melawan
takdir.

p/s : life is your own choice


THE  NONSENS
DEAN VICIOUS