Saturday 9 March 2013

Puisi, Memori dan Rose

aku di hanyut memori kali pertama.
di waktu kekalahan belanda (euro 2012)
kau duduk di kerusi akhir. aku perhati sambil cuba senyum.
cuba bersama perasaan sayang. entah kau sedar ke tidak.

bukan kerana rupa. kerana jiwa.
rindu ini bertahan sehingga ke akhirnya.

setelah kau pergi aku mati.
terkontang kanting mencari.
aku hidup bersama nikotin lemah.
setiap malam aku di seret mimpi rindu.
sehingga tercipta puisi "cigar dan rindu"

"andai rindu ini di ibarat asap cigar.
aku tidak akan pernah berhenti bercigar.
sehingga jantung ini berhenti berdetak.
agar tidak terpadam bara rindu ini.
aku hembuskan karbon-2 rindu biar ia terbebas
di segenap ruang" 

di antara bumi dan tuhan aku berdoa.
aku menangis.
realiti raksa memaksa aku buka mata.
aku cuba mengejar kau untuk hidup kembali.
aku hanya ada satu pilihan.

P/s : puisi memori ini ditulis kerana erti kasih ini terlalu besar. -ROSE-

No comments:

Post a Comment